DUYONG, 26 Julai 2023 – Sedang berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Program Joging Merdeka Madani 2023 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 66 Tahun. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nazari Bin Adzim, Pengerusi Persatuan Joging Negeri Melaka. Program dijadualkan akan berlangsung pada 20 Ogos 2023 (Ahad) bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong dan melibatkan penyertaan seramai 1000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan tetamu kehormat adalah Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Selain daripada barisan kepimpinan Persatuan Joging Negeri Melaka, Pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, pelbagai agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut dijemput hadir di dalam mesyuarat penyelarasan tersebut. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah wakili oleh Puan Norazlin Bt Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah
PUTRAJAYA, 25 Julai 2023 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Tapak Projek Pembangunan Kompleks Sukan Jasin kali ke 9 yang telah dipengerusikan SUB Pembangunan KBS; Tuan Amir Hamzah Awang Ghazali bertempat di Aras 8, Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan, Menara KBS, Putrajaya.
-
Mesyuarat telah dihadiri Perunding, Arkitek dan Kontraktor projek yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian bagi menyiapkan projek tersebut mengikut masanya untuk dimanfaatkan komuniti setempat dengan segera. Untuk makluman, KS Jasin dijangka akan disiapkan pada 31 Disember 2023.
-
Turut hadir mewakili JBSNM ke mesyuarat tersebut, Pegawai Pembangunan JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, PBSD Jasin; Puan Nurul Haida Mohd Ghazali dan Penolong Jurutera Jabatan; Encik Mohd Ariff Ariffin.
Ayer Keroh, 24 Julai 2023 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah bagi bertemu YBhg. Datuk Saiful Hazwa Bin Kipli, Pegawai Daerah Melaka Tengah yang baru.
Dalam pertemuan ini, Puan Norazlin Bt Sarun, selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri dan memberi sedikit taklimat berkenaan pelaksanaan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah yang bakal berlangsung pada bulan Ogos 2023.
Turuh hadir bersama Puan Nurhanani Bt Tarik, Pegawai Pembangunan Belia dan En. Muhamad Muaz Bin Rosli, Pegawai Pembangunan Sukan, PBSD Melaka Tengah.
MELAKA, 19 Julai 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan Tahniah di atas Penganugerahan Tokoh Belia Islam yang diterima oleh Saudara Khalil Haji Ismail. Beliau merupakan salah seorang barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bandar Melaka.
Saudara Khalil Haji Ismail merupakan salah seorang belia yang banyak menyumbang tenaga serta idea dalam kerja kerja pembangunan belia di Negeri Melaka Khususnya gerak kerja belia di dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Melaka.
Diharapkan dengan penganugerahan yang diterima menjadi semangat dan galakan kepada belia – belia di Negeri Melaka untuk terus menabuk bakti, jasa dan tenaga muda mereka di dalam kerja kerja Pembangunan Belia
MASJID TANAH, 22 Julai 2023 - Telah berlangsung Program Santai Majlis Belia India Malaysia Cawangan Masjid Tanah (MIYC) bersama ahli bertempat di Taman Rekreasi Durian Daun, Masjid Tanah. Antara pengisian program ialah sembang santai isu semasa dan memancing. Seramai 30 ahli belia hadir bagi memeriahkan suasana.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Kuhan a/l Morgan, Pengerusi MIYC Masjid Tanah di atas penganjuran program. Turut hadir sama , Encik Zainorizan bin Ehwan, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
ASAHAN, 21 Julai 2023 - Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom membuat lawatan kerja rasmi ke Kompleks MSN Saujana Asahan bagi melihat perkembangan terkini status baikpulih yang dilaksanakan.
Kompleks MSN Saujana Asahan telah dibina pada 08 November 2000 dan siap sepenuhnya pada 08 Februari 2002. Ia terletak bersebelahan dengan kawasan tadahan air di kaki Gunung Ledang dan berhampiran dengan kawasan sempadan antara 3 buah negeri iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.
Selain melihat status semasa pembaikan, beliau turut mendengar taklimat ringkas dari Muhammad Nizam Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan berkaitan program yang bakal berlangsung iaitu Kailas Mount Ophir Ultra Trail 2023 yang akan berlangsung 16 dan 17 September 2023 ini melibatkan penyertaan 800 orang peserta dari dalam dan luar negara.
.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali ; Penyelia Projek JKR Jasin, Mohd Faisal dan Pengurus Projek Kontraktor Bina Sinar Sdn Bhd, Ismanizam.
AYER KEROH, 23 Julai 2023 - Bumi Melaka menyaksikan Kazakhstan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Karate Senior Asia edisi ke -19 yang telah dilangsungkan selama 3 hari bermula 21 Julai 2023 yang lalu. Sebanyak 32 buah negara telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini yang mempertandingkan 17 kategori secara keseluruhannya. Turut dilangsungkan serentak Kejohanan Karate Para Asia edisi ke -2 melibatkan 8 buah negara bertempat di Hall B, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
-
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri; TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF). Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka; YBhg. Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, YB Tuan VP Shanmugam dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF); YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.
-
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan merasmikan kejohanan tersebut pada Jumaat.
AYER KEROH, 21 Julai 2023 –Seramai 20 orang yang terdiri daripada atlet dan pegawai Pasukan Para Tenpin Boling Negeri Melaka telah bertolak ke Kejohanan Tour Para PTBA (Para Tenpin Boling Association) Terbuka Tahun 2023 Series Perak yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Julai 2023 bertempat di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City, Ipoh, Perak.
Majlis pelepasan dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh. Turut hadir, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Masitah binti Ab Wahab.
JBSNM mengucapkan selamat berjuang kepada atlet Para Tenpin Boling Negeri Melaka di Kejohanan Tour Para PTBA (Para Tenpin Boling Association) Terbuka Tahun 2023 Series Perak.
GADEK, 20 Julai 2023 - Telah berlangsungnya satu sesi perbincangan untuk menjawab pertanyaan -pertanyaan lisan dan bertulis bagi Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka yang Kelima Belas bertempat di Pejabat ADUN, JAPERUN Kawasan Gadek.
-
Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam bersama - sama para pegawai JBSNM dan MSN Melaka pada kali adalah bagi menjawab pertanyaan yang akan ditanyakan dalam persidangan yang dijangka akan berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2023 ini di Dewan Undangan Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
-
Turut hadir dalam sesi tersebut, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli dan Pengarah MSN Melaka; Encik Mohd Asri Hj Ninggal.