- JBS Melaka
- Hits: 174
PERLAWANAN PERTUNJUKAN 'WALKING FOOTBALL' ANTARA LAGENDA MELAKA DAN PILIHAN JBSNM PECAH TAWA
MELAKA, 1 Oktober 2023 - Lebih banyak ketawa daripada jaringan gol!! Itu yang boleh digambarkan tentang suasana riuh dan kecoh dalam perlawanan pertunjukkan bolasepak berjalan yang berkesudahan seri 1-1 serta dilangsungkan diantara para lagenda bolasepak Melaka bertemu pasukan pilihan JBSNM.
-
Perlawanan pertunjukkan ini diadakan oleh pihak penganjur Kelab Bolasepak ASA-GP Melaka bersempena Kejohanan Bolasepak Perpaduan Bawah 10 Tahun Piala YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan bertujuan bagi merapatkan silaturrahim dan ukhwah dikalangan para legenda bolasepak dan juga kakitangan JBSNM.
-
Disamping itu, ianya juga bagi mengenang, menghargai dan menyantuni jasa para legenda bolasepak yang dapat hadir dalam kejohanan ini kerana mereka pernah membanggakan negeri dan negara kita pada masa kegemilangan mereka dahulu. Antara para legenda yang dapat turut serta Leong Hong Seng, K. Rajan, S. Rosli. Samsurin Abd Rahman. V. Kalimutu, Sapian Wahid dan Melvin Tan. Mewakili pasukan pilihan JBSNM, TP Belia; Encik Jazwin, PP Sukan; Encik Syaiful Fahmi, Encik Mohsien, Encik Hazriq, Encik Zulhelme, Encik I'sah dan Encik Mizan. Terima Kasih lejen!!
- JBS Melaka
- Hits: 174
