LENDU, 18 Oktober 2023 - Satu sesi perjumpaan dan beramah mesra atlet Zon Selatan bersama CDM Kontinjen Zon Selatan; Encik Khairul Adri Dato' Rosli telah diadakan bertempat di Dewan Badminton, KRM Alor Gajah, Melaka.
-
Dalam sesi tersebut, CDM telah memberikan amanat serta kata semangat agar atlet Zon Selatan yang datang dari kakitangan pelbagai agensi dibawah KBS dari 3 buah negeri iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan untuk menunjukkan aksi terbaik serta memberikan persembahan terbaik dalam setiap acara yang disertai agar dapat menjulang nama Zon Selatan dalam Karnival Sukan KBS 2023 yang akan dilangsungkan pada 20 hingga 22 Oktober 2023 bertempat di Sports City, Bukit Jalil.
-
Sebagai tambahan, Zon Selatan akan menghantar 86 orang atlet dalam 8 acara sukan yang dipertandingkan pada kali ini iaitu Golf, Bolasepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar, Tenpin Boling, Badminton Campuran dan Sukan Rakyat. Ayuh!! Zon Selatan pasti Boleh!!
- JBS Melaka
- Hits: 184
