Ayer Keroh, 25 Oktober 2023 - Seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dan Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menyertai Program Women Fit @ Community PUSPANITA Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023. Program ini telah diadakan bertempat di Gelanggang Serbaguna Seri Negeri, Jabatan Ketua Menteri Negeri Melaka.
Program Women Fit @ Community ini adalah program bagi menarik minat kaum wanita khususnya di peringkat komuniti untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup yang cergas, aktif dan sihat dalam kehidupan seharian. Program khusus untuk kaum wanita ini diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan untuk menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai Negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik khususnya kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dan Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka yang bersama-sama berganding bahu dalam menganjurkan program ini.
Gimik perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Bt Kamaludin, Pengerusi PUSPANITA Negeri Melaka. Program turut dihadiri oleh Puan Marina Bt Zainal Abidin, Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA Negeri Melaka dan Puan Norazlin Bt Sarun, Pegawai Belia Dan Sukan Melaka Tengah
- JBS Melaka
- Hits: 166
