BANGI, 8 November 2023 – Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Penetapan Acara Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 pada 8 - 10 November 2023 yang lalu bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menetapkan peraturan dan acara bagi penganjuran temasya tersebut yang melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan dan Jabatan Belia Sukan Negeri bagi persiapan setiap kontinjen yang akan bertanding.
*
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Tuan Haji Abdul Rashid telah menyampaikan ucaptama sebagai pembukaan tirai bengkel tersebut. Hadir ke bengkel tersebut, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Khairul Adri bin Dato’ Rosli bersama-sama Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Puan Masitah binti Ab Wahab mewakili kontinjen Negeri Melaka.
*
Bengkel yang diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh terlibat ke arah penetapan acara sukan dan memberi peluang pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk membawa dapatan berkaitan acara yang akan dipertandingkan bagi persediaan atlet menuju ke temasya edisi ke-21 di Sarawak itu. Penetapan acara sukan melibatkan sepuluh (10) sukan yang akan di pertandingkan iaitu para badminton, boccia, para lawn bowls, para tenpin boling, para catur, para memanah, powerlifting, para ping pong, para olahraga dan para renang.
- JBS Melaka
- Hits: 192
