BANDA HILIR, 28 September 2023 - Rakyat Negeri Melaka teruja menantikan disepanjang laluan 1km terakhir bagi melihat dengan mata sendiri persaingan sengit para pelumba profesional digarisan penamat peringkat keenam pada kali ini yang menyaksikan Melaka sebagai hos venue penamat LTDL edisi ke 27.
-
Yang Di-Pertua Negeri Melaka; TYT Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah berkenan hadir bagi melihat penamat perlumbaan serta menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang perlumbaan Peringkat keenam.
-
Bagi Negeri Melaka pada tahun ini, Melaka telah dipilih sebagai hos venue penamat Peringkat 6 dari Karak ke Melaka dengan jarak perlumbaan sejauh 176.6km.
-
Untuk makluman, perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan secara keseluruhan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km).
- JBS Melaka
- Hits: 184
