- JBS Melaka
- Hits: 188
PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH (KEJOHANAN DART SIRI 1: SINGLE OPEN DAN SIRI 2: SINGLE TERTUTUP) BAGI TAHUN 2023
KRUBONG, 19 November 2023 (Ahad) – Seramai 60 orang peserta telah menyertai Kejohanan Dart Siri 1: Single Open dan Siri 2: Single Tertutup sempena Penganjuran Program 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi Tahun 2023. Kejohanan Dart ini telah diadakan pada 18 dan 19 November 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Stadium Hang Jebat, Krubong.
Diantara objektif penganjuran program ini adalah untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan dan menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat serta amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada Kelab Sukan dan Kebajikan MBMB (KESUMA) yang merupakan rakan strategik PBSD Melaka Tengah dalam menganjurkan Kejohanan kali ini. Diharapkan kerjasam ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan sambutan penyertaan amat menggalakkan.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Puan Zaileza Binti Zainal Wakil Kelab Sukan & Kebajikan MBMB (KESUMA). Turut hadir majlis tersebut Puan Nurhanani Binti Tarik, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Melaka Tengah dan En. Muhammad Muaz Bin Rosli, Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Mgbd Melaka Tengah
- JBS Melaka
- Hits: 188
