- JBS Melaka
- Hits: 206
TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR PESTABOLA MERDEKA 2023 - MALAYSIA VS TAJIKISTAN
BANDARAYA MELAKA, 17 Oktober 2023 - Pekarangan Parkir UiTM Kampus Bandaraya Melaka meriah dengan kehadiran hampir 2000 orang penyokong Harimau Malaya dikalangan para pelajar, kakitangan serta orang awam disekeliling UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang hadir bagi menyaksikan Perlawanan Akhir PestaBola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan. Walaupun keputusan tidak memihak barisan skuad anak didik Kim Pan Gon pada kali ini apabila terpaksa akur menelan kekalahan dengan jaringan 2 berbalas 0 diperlawanan akhir, namun para pemain telah mempamerkan permainan yang terbaik dan membanggakan.
-
Terdahulu, sesi penyampaian hadiah pertandingan sampingan serta cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka; YB Tuan VP Shanmugam. Turut hadir Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah Bahagian Khidmat Muasaadah dan Pembangunan Belia, JKMM; Tuan Hj Sha'ari Samsudin, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka; Dr Mohd Halim B Mahphoth, Timbalan Pendaftar Kanan; Encik Mior Hisham dan Ketua Unit Sukan UiTM Kampus Bandaraya Melaka; Encik Muhammad Syaifullah Norhizan.
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang sudi bekerjasama bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menyediakan lokasi tayangan skrin besar pada malam tersebut. Terima kasih juga kepada warga Melaka yang hadir memberikan sokongan.
-
Ayuh teruskan sokongan buat Harimau Malaya dan terus semarakan aktiviti sukan demi Malaysia.!!
- JBS Melaka
- Hits: 206
