- JBS Melaka
- Hits: 182
KUNJUNGAN MESRA PERKESO MELAKA KE IBUPEJABAT JBSNM BINCANGKAN PERKUAT INDUSTRI PEKERJAAN BELIA DAN TVET
AYER KEROH, 17 Januari 2024 - Telah berlangsung satu sesi kunjungan mesra Pengarah PERKESO Negeri Melaka; Encik Razak bin Omar bersama pegawai ke ibupejabat JBSNM dan telah disambut baik Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli.
*
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan dua hala kedua-dua agensi serta membincangkan sebarang bentuk kerjasama pada masa akan datang dalam program-program sepanjang tahun 2024 yang boleh dimanfaatkan bagi memperkasa sektor pekerjaan dan lepasan TVET bagi golongan sasar terutamanya golongan belia di Negeri Melaka.
*
JBSNM mengucapkan terima kasih atas kunjungan pihak PERKESO Melaka dan agar hubungan baik ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan dapat memberi sinar kepada golongan sasar diluar sana.
- JBS Melaka
- Hits: 182
