MELAKA, 18 Februari 2024 - Demi Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JBSN Bilangan 1 Tahun 2024 bermula 17 hingga 19 Februari 2024 bertempat di Grand Swiss Belhotel, Melaka.
*
Bersempena mesyuarat yang dilangsungkan, semua ahli mesyuarat turut ditaklimatkan berkenaan Akta 668, pindaan 2019 oleh pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan taklimat Geran Padanan Sukan (GPS) serta Dana Sukan Komuniti (DSK) oleh pihak Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN.
MELAKA, 17 Februari 2024 - Demi Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JBSN Bilangan 1 Tahun 2024 bermula 17 hingga 19 Februari 2024 bertempat di Grand Swiss Belhotel, Melaka.
*
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JBSN, YBhg. Tuan Mohd Azhari Mohammad yang antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran termasuklah di peringkat ibu pejabat dan negeri/ Wilayah Persekutuan.
AYER KEROH, 17 Februari 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Belia dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, KBS yang telah diadakan bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh berasa bertuah dan meriah dengan kesudian YAB Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk hadir dan disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Adam Adli Abd Halim bagi bersama-sama menyantuni golongan belia serta merasmikan Majlis Penutupan Program Kembara-JOM Peringkat Negeri Melaka pada kali ini.
*
Turut hadir, Ketua Pengarah JBSN; YBhg. Tuan Mohd Azhari Mohamad, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli dan Pengerusi MGBM; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.
*
Untuk makluman, Program yang diadakan ini adalah bertujuan bagi menyampaikan maklumat berkaitan Akta 668, Pindaan 2019 yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2026 bagi peralihan peringkat umur kepimpinan belia.
*
Terdahulu, pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya slot-slot interaksi secara townhall bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Adam Adli Abd Halim dan kepimpinan belia, pameran dan jualan, pendaftaran Rakan Muda, peluang mencari pekerjaan bersama PERKESO, kaunter PADU, trak makanan dan banyak ruangan ekspresi belia dengan penekanan 10 gaya hidup Rakan Muda masa kini.
*
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kembara-JOM Peringkat Negeri Melaka.
AYER KEROH, 17 Februari 2024 - Telah berlangsungnya Program Kembara Jumpa Orang Muda inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Belia dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, KBS yang telah diadakan bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh dan telah berjaya menghimpun hampir 2000 orang penyertaan belia berpesatuan, belia massa dan individu dari seluruh Negeri Melaka.
*
Program yang diadakan ini juga bertujuan bagi menyampaikan maklumat berkaitan Akta 668, Pindaan 2019 yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2026 bagi peralihan peringkat umur kepimpinan belia dan disamping itu juga bagi mendengar suara dan pendapat anak muda Melaka bagi melihat pembangunan belia mengikut acuan terkini dari perspektIf generasi masa kini.
*
Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya slot-slot interaksi secara townhall bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Adam Adli Abd Halim dan kepimpinan belia, pameran dan jualan, pendaftaran Rakan Muda, peluang mencari pekerjaan bersama PERKESO, kaunter PADU, trak makanan dan banyak ruangan ekspresi belia dengan penekanan 10 gaya hidup Rakan Muda masa kini.
*
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kembara-JOM Peringkat Negeri Melaka.
AYER KEROH, 16 Februari 2024 - Telah berlangsung sesi perbincangan akhir dan rehearsal bagi persiapan akhir Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bertempat di Ruang Legar, Aras 1 Melaka Mall, Melaka.
*
Untuk makluman, program ini akan memberikan ruang kepada golongan belia untuk mendapatkan info berkaitan Akta 668 (Pindaan 2019) berkenaan peralihan had umur 40 tahun kepada 30 tahun kepimpinan Belia yang akan berkuatkuasa pada tahun 2026 serta boleh menyampaikan pendapat dan pandangan mereka secara langsung kepada YBTM KBS; Tuan Adam Adli Abd Halim pada sesi townhall yang akan diadakan.
*
Penutupan program akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
SERI NEGERI, 14 Februari 2024 - Telah berlangsung satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Tahun Melawat Melaka 2024 Bilangan ke 2/2024 yang diselaraskan oleh Bahagian Promosi Pelancongan, JKMM dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Johari bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
-
Pengisian mesyuarat pada kali adalah lebih memfokuskan berkaitan status persiapan tempat program, pembentangan konsep program serta ambang sambutan memperingati hari pengistiharan kemerdekaan pada 20hb Februari 2024 yang akan datang. Kerajaan Negeri Melaka akan memberikan kemasukan PERCUMA ke beberapa tempat lawatan menarik disekitar Melaka kepada semua rakyat Malaysia.
SUNGAI RAMBAI, 14 Februari 2024 - Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia MAYC Seri Pengkalan Lambak telah berlangsung di Balai Raya Jalan Tambak Merah Sungai Rambai, Melaka. Mesyuarat telah dihadiri 25 orang ahli persatuan bagi melihat Laporan Tahuan dan menjalankan tanggungjawab memilih AJK baharu bagi Sesi 2024-2026.
.
Dalam pemilihan Jawatankuasa Baharu MAYC Seri Pengkalan Lambak Sesi 2024-2026 berkenaan, Mohammad Fiza telah dipilih menerajui sebagai Pengerusi yang baharu. Pengerusi yang lepas bagi Sesi 2022-2024 telah disandang oleh Saudara Ridzuan Mujid.
.
Turut hadir ialah Pengerusi JPKK Sungai Rambai Utara, En Abd Rahman Bin Yusof ; Pengerusi MAYC Kawasan Jasin, Mohd Shaffie Mohd Saat dan Mantan Pengerusi MAYCSPL, Rozikin Mohd Shah.
MELAKA TENGAH, 14 Februari 2024 - Berlangsungnya satu slot DIALOG 1.30 bersama Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dalam mempromosikan KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (Kembara-JOM) telah diadakan menerusi siaran Radio Melaka FM di konti Melaka FM, Jalan Taming Sari.
KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (Kembara-JOM) akan diadakan pada 17 Februari 2024 bertempat di Melaka Mall, Melaka.
BEMBAN, 4 Februari 2024 – Satu lawatan kerja rasmi ke Projek Pembangunan Kompleks Sukan Mini Bemban, Jasin, Melaka oleh pihak KBS telah diadakan bagi memantau pelaksanaan projek dan mengenalpasti isu serta perkembangan semasa projek tersebut.
-
Lawatan ini telah dihadiri oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
-
Ketibaan YBhg. Ts. Dr. ke lawatan kerja rasmi ini telah disambut oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Khairul Adri Bin Dato’ Rosli. Turut hadir ke lawatan tersebut, Wakil Pegawai Pembangunan KBS dan konsultan.
-
Terima Kasih YBhg. Ts. Dr. atas kesudian mengadakan Lawatan Rasmi ke Projek Pembangunan JBS Melaka.