- JBS Melaka
- Hits: 214
PERSATUAN SUKAN ORIENTEERING NEGERI MELAKA (MOSA) ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN JBSNM
AYER KEROH, 25 Januari 2024 - Persatuan Sukan Orienteering Negeri Melaka (MOSA) telah membuat langkah awal dengan mengadakan pertemuan bersama Bahagian Pembangunan Sukan JBSNM bagi membincangkan beberapa cadangan perancangan program yang akan dilaksanakan oleh pihak Persatuan bagi tahun 2024 ini dan memerlukan kerjasama bersama pihak jabatan bagi menjayakannya.
*
Pertemuan dan perbincangan ringkas diantara Presiden Persatuan; Encik Shaiful Nizam Abdul Karim bersama Penolong Pengarah Sukan; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh telah berlangsung dengan sangat baik. Pihak jabatan turut memberikan serba sedikit perkongsian info berkaitan peluang bantuan dana yang boleh dimanfaatkan oleh pihak persatuan pada tahun ini terutamanya Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).
*
Selamat maju jaya MOSA!!
- JBS Melaka
- Hits: 214
