- JBS Melaka
- Hits: 213
CDM PARA MELAKA SEMPURNAKAN PENUTUPAN BENGKEL ROAD TO PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 PERINGKAT NEGERI MELAKA
PORT DICKSON, 4 Februari 2024 - Telah berlangsung Majlis Penutupan Bengkel Road to Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bertujuan bagi persediaan dan persiapan kontinjen Para Negeri Melaka ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di The Academy DRB-HICOM, Port Dickson, Negeri Sembilan.
*
Majlis Penutupan Bengkel dan sesi penyerahan sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli yang juga merangkap CDM Kontinjen Para Negeri Melaka pada temasya kali ini. Turut hadir, Penolong Pengarah Sukan JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Timbalan Presiden PESRON Melaka; Encik Abu Bakar Nyat dan Setiausaha Agung PESRON Melaka; YBhg. Dr. Rani Diana Othman.
*
Untuk makluman, Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dijangka akan dilangsung bermula 20 hingga 28 September 2024 bertempat di Kuching, Sarawak.
- JBS Melaka
- Hits: 213
