AYER KEROH, 2 Disember 2023 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) Negeri Melaka kali ke 50 tahun 2023 yang diadakan bertempat di Dewan Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
-
Mesyuarat Agung telah dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap; Encik Mohd Ismanizam Datuk Ismail. Turut hadir Pengerusi GB4B Melaka; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Barisan Jawatankuasa 4B Melaka. Hadir sama sebagai ex-officio Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli.
KRUBONG, 26 November 2023 - Telah berlangsungnya Kejohanan Lawn Bowls 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah yang telah diadakan bertempat di Gelanggang Lawn Bowls Hang Jebat, Krubong. Kejohanan Lawn Bowls ini telah diadakan sebanyak 2 siri di mana Siri 1 bagi kategori Single Challenge dan Siri 2 bagi Kategori Draw Challenge. Penganjuran kejohanan ini telah diadalah bermula pada 25 hingga 26 November 2023 dengan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka.
Kejohanan ini melibatkan penyertaan seramai 95 orang peserta yang terdiri daripada belia setempat, pelajar IPT dan pelajar sekolah. Kejohanan ini bukan sahaja bagi menarik minat peserta di dalam sukan lawn bowls tetapi juga dapat mencungkil bakat baru untuk di gilap dan menjadi pelapis muda dikalangan belia di dalam arena sukan lawn bowls. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd Zambry Bin Jenal, Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka bersama Puan Norazlin Bt Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
PBSD Melaka Tengah merakamkan ucapan tahniah kepada semua barisan urusetia, teknikal serta semua pemain dan pemenang yang terlibat di dalam menjayakan Kejohanan Lawn Bowls 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi Tahun 2023.
Kota Melaka, 25 November 2023 – Telah berlangsungnya Kejohanan Catur Siri 1 : Kategori 12 Tahun ke Atas dan Siri 2 : Kategori 7 hingga 17 Tahun sempena penganjuran Program 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi Tahun 2023. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Kelab Catur Politeknik Melaka dan telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 25 dan 26 November 2023 bertempat di Polikteknik Melaka.
Tahniah kepada semua pemenang dan keputusan rasmi Kejohanan Catur sempena penganjuran Program 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi Tahun 2023 adalah sepertimana berikut :
SIRI1 : Kategori 12 Tahun ke Atas
Johan : Mohd Hafizul Ishak
Naib Johan : Lim Kian Guan
Tempat ke - 3 : Mukhriel Shah Bin Mahmood Shah
Tempat ke - 4 : Mohd Tarmizi B Ahmad
Tempat ke - 5 : Mohammad Joher Bin Johari
Tempat ke - 6 : Aizul Azri Bin Azali
Tempat ke - 7 : Zharfan Bin Khairulasmawi
Tempat ke - 8 : Haiqul Razqy Bin Mohd Azuan
Tempat ke - 9 : Nursilahuddin Bin Hassan
Tempat ke - 10 : Muhammad Syukri Bin Abdul Rahman
SIRI 2 : Kategori 7 hingga 17 Tahun
Johan : Haris Danial Bin Abdul Hadi
Naib Johan : Zharfan Bin Khairulasmawi
Tempat ke - 3 : Khalish aid Bin Khairul Anuar
Tempat ke - 4 : Nurelhamra Hanan Binti Haiful Halan
Tempat ke - 5 : Mohammad Annas
Tempat ke - 6 : Shivaanee Gobinath
Tempat ke - 7 : Godric Chong Shen Wang
Tempat ke - 8 : Amirul Hadif
Tempat ke - 9 : Darshwanee Gobinath
Tempat ke - 10 : Nurelhelwa Hilma Binti Haiful Halan
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Zeyana Binti Abdullah, Timbalan Pengarah, Politeknik Melaka bersama Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah. Turut hadir bersama majlis penyampaian hadiah Puan Sharifah Binti Ismail, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
AYER KEROH, 24 November 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan, telah menganjurkan Program Malaysia Aktif @ Inspire Eksplorasi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sukan dan Kelab Kanu Bandar Melaka.
*
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli dan turut hadir Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin merakamkan penghargaaan dan terima kasih kepada rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sukan dan Kelab Kanu Bandar Melaka dalam bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan jalinan strategik ini dapat memperkasakan lagi pembangunan sukan OKU di Negeri Melaka.
AYER KEROH, 24 November 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan, telah menganjurkan Program Malaysia Aktif @ Inspire Eksplorasi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sukan dan Kelab Kanu Bandar Melaka.
*
Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan telah dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada atlet Para, Pelajar OKU di aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan guru-guru pengiring. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi galakan, pengiktirafan dan hak sama rata dalam pembangunan sukan dan rekreasi kepada golongan OKU di Malaysia. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Asas Perkhemahan & Konservasi, Asas Ikatan/Tali Tinggi, Ikhtiar Hidup/ Kembara Hutan, Keselamatan di dalam air dan Ekspresi Diri
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin merakamkan penghargaaan dan terima kasih kepada rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sukan dan Kelab Kanu Bandar Melaka dalam bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan jalinan strategik ini dapat memperkasakan lagi pembangunan sukan OKU di Negeri Melaka.
KRUBONG, 28 November 2023 - Hari Pertama kejohanan berlangsung meriah dan penuh aksi! KSK Krubong julung kali menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Dodgeball Peringkat Negeri Melaka tahun 2023.
-
Kejohanan berlangsung selama 3 hari yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Persatuan Dodgeball Negeri Melaka mengambil inisiatif dalam memastikan markah PAJSK murid-murid sentiasa berada di tahap tertinggi dengan mengadakan Kejohanan Dodgeball.
-
Hari Pertama kejohanan melibatkan sebanyak 21 Sekolah Rendah Kategori Bawah 12 tahun dengan penglibatan pelajar seramai 408 peserta lelaki dan 288 peserta wanita.
-
Kejohanan diserikan lagi dengan kehadiran Encik Mohd Farid bin Ishak ; Timbalan PPD Melaka tengah sebagai tetamu kehormat
SUNGAI RAMBAI, 22 November 2023 - Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Tertutup Piala Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin 2023 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Laman Deris D'Rambai, Sungai Rambai. Majlis Perasmian Pukul Mula telah disempurnakan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
.
Antara objektif kejohanan ini dianjurkan adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara Cawangan GB4B Kawasan Jasin. Selain itu, ia juga dapat menerapkan semangat kesukanan antara belia dalam cawangan. Ini secara tidak langsung memberikan contoh terbaik kepada belia hari ini dalam menjaga kesihatan badan secara semulajadi.
.
Berikut adalah Senarai Pemenang Kejohanan :-
1. Johan - Ashharul Azfar/Ashraf (GB4B Sri Nawar)
2. Naib Johan -Akmal Mustar/Sharizal Paing (GB4B Sg Rambai Timur)
3. Ketiga - Jailani Saharuddin/Azizul Hakim Zamrid (GB4B Parit Lampung)
4. Keempat -Dzulkanain/Shahrizam (GB4B Sri Nawar)
.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Zaini Muhammad, Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka. Hadir sama ialah Md Yusof Muhammad, Pengerusi GB4B Kawasan Jasin. Kejohanan ini telah mendapat tajaan daripada Nazirul Wedding Planner yang beroperasi di Merlimau.
KRUBONG, 19 November 2023 (Ahad) – Seramai 60 orang peserta telah menyertai Kejohanan Dart Siri 1: Single Open dan Siri 2: Single Tertutup sempena Penganjuran Program 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi Tahun 2023. Kejohanan Dart ini telah diadakan pada 18 dan 19 November 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Stadium Hang Jebat, Krubong.
Diantara objektif penganjuran program ini adalah untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan dan menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat serta amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada Kelab Sukan dan Kebajikan MBMB (KESUMA) yang merupakan rakan strategik PBSD Melaka Tengah dalam menganjurkan Kejohanan kali ini. Diharapkan kerjasam ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan sambutan penyertaan amat menggalakkan.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Puan Zaileza Binti Zainal Wakil Kelab Sukan & Kebajikan MBMB (KESUMA). Turut hadir majlis tersebut Puan Nurhanani Binti Tarik, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Melaka Tengah dan En. Muhammad Muaz Bin Rosli, Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
KRUBONG, 12 November 2023 (Sabtu) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Kelab Petanque Krubong (KEPAK) telah menganjurkan Kejohanan Petanque sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah. Kejohanan Petanque ini telah diadakan sebanyak dua siri iaitu Siri 1 bagi kategori Single Lelaki dan Siri 2 pula bagi Single Wanita. Program ini telah diadakan pada 11 dan 12 November 2023 bertempat di Gelanggang Petanque MSN Melaka dan Gelanggang KEPAK, Krubong.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan tahniah kepada semua pemenag yang telah mendapat tempat di dalam Kejohanan Petanque sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi Tahun 2023. Tahniah juga diucapkan kepada Kelab Petanque Krubong (KEPAK) yang merupakan rakan strategik PBSD Melaka Tengah dalam menganjurkan Kejohanan ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan serta Kelab Petanque Krubong (KEPAK) akan lebih bergiat aktif dalam menganjurkan Kejohanan Petanque di masa akan datang.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En.Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah. Turut hadir majlis tersebut En. Mohammad Muaz Bin Rosli, Pegawai Pembangunan Sukan, PBSD Melaka Tengah dan Puan Sharifah Binti Ismail, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.