PUTRAJAYA 4 JUN 2024 - JBSN terus bersama dalam memastikan gerak kerja pelaksanaan program secara menyeluruh di seluruh negeri. Encik Abd Aziz Bin Abd Rahman Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program KLAS Renang dan Pertandingan Aerobic Dance 2024 bersama pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Ayuh kita terus semarakan sokongan bagi program-program anjuran JBSN.
AYER KEROH 28 MEI 2024 - Liga Sukan Komuniti (LSK) 2024 bakal kembali memeriahkan aktiviti hujung minggu. LSK 2024 kali ini akan melibatkan sukan ping pong, bola tampar dan sepak takraw. Bagi memastikan kelancaran program, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Neeri Melaka dengan melibatkan wakil-wakil daripada Persatuan Ping Pong Negeri Melaka, Persatuan Bola Tampar Negeri Melaka, Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka dan pegawai-pegawai belia dan sukan daerah.
Sama-sama kita nantikan dan sertai LSK 2024 Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 23 Jun 2024 (Sepak Takraw), 29 Jun 2024 (Ping Pong) dan 6 Julai 2024 (Bola Tampar).
AYER KEROH 27 MEI 2024 - Melaka Agrofest 2024 bakal berlangsung pada 21 hingga 23 Jun 2024 nanti. Sempena penganjuran Melaka Agrofest 2024 ini satu sesi perbincangan bagi pengisian program telah diadakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Persatuan E-Sport Melaka.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Rozli Azizi bin Talib Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Melaka.
BANDAR HILIR 25 MEI 2024 - Program OKU Aktif @ Hujung Minggu Siri 2 turut memeriahkan Hari Belia Negara 2024 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka ini mendapat kerjasama daripada penggerak-penggerak sukan OKU negeri Melaka.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang memeriahkan program ini. Sama-sama kita nanti program siri 3 nanti.
BANDAR HILIR 25 MEI 2024 - KBS sentiasa komited dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas khususnya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Usaha ini digerakkan melalui penganjuran Program OKU Aktif @ Hujung Minggu yang dilaksanakan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka dan PDK Seri Kemunting.
Program siri 1 ini mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
BANDAR HILIR 25 MEI 2024 - HBN 2024 dimeriahkan dengan Pertandingan Dam Haji Sempena Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Ketua Menteri Melaka.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sentiasa komited untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan sukan Dam Haji sebagai salah satu produk pelancongan bagi negeri Melaka.
BANDAR HILIR 25 MEI 2024 - Kejohanan Sports Stacking antara acara yang turut memeriahkan HBN 2024. Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Sports Stacking Negeri Melaka ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 100 orang peserta.
BANDAR HILIR 25 MEI 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Futsal I Campioni telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan Walking Football Peringkat Negeri Melaka 2024. Program ini yang diadakan di Dataran Pahlawan Banda Hilir ini adalah di antara acara yang memeriahkan Hari Belia Negara 2024.
Program ini merupakan inisiatif KBS untuk memperkasakan pembangunan sukan-sukan baharu seperti walking football ini.
JASIN, 18 Mei 2024 – Telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2024 peringkat Negeri Melaka bersempena Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka.
Antara objektif Anugerah Belia Perdana 2024 adalah sebagai platform untuk meraikan dan mengiktiraf golongan belia. Selain itu, ia memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan untuk pembangunan belia di Negeri Melaka. Ia juga bertujuan bagi menarik golongan anak muda bagi menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Majlis penyampaiaan telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Hadir sama Exco Belia, Sukan dan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, V. Shanmugam A/L V. Pitchay