- JBS Melaka
- Hits: 149
KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH MELAKA TENGAH 2024
AYER KEROH, 26 Jun 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah yang diketuai oleh Puan Norazlin Bt Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama barisan kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah mengadakan kunjung hormat dan bertemu YBhg. Datuk Saiful Hazwa Bin Kipli, Pegawai Daerah Melaka Tengah bagi membincangkan gerak kerja dalam pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Daerah Melaka Tengah.
Sesi perjumpaan ini turut membincangkan usul – usul yang bakal dibentangkan semasa berlangsungnya Majlis Perundingan Belia Daerah Melaka Tengah yang dijadualkan akan diadakan pada 25 Julai 2024 (Khamis) Bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah.
Turut bersama sesi perbincangan tersebut En. Mohd Azri bin Mohideen Abdul Kadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Melaka Tengah, Pn.Nurhanani binti Tarik daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah manakala daripada Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah diketuai oleh Saudara Muhammad Shafiq Bin Ab Majid, Pengerusi MGBD Melaka Tengah beserta barisan kepimpinannya iaitu Saudara Kenneth William John, Nik Ahmad Yaakob bin Nik Mahamood, Muhammed Mubien Bin Khairudin dan Harris Daniel bin Hermee
- JBS Melaka
- Hits: 149
