SERKAM, 25 Februari 2024 - Kejohanan Liga Sepakan Penalti Piala YDP Majlis Perbandaran Jasin 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Tedong, Serkam dengan penyertaan sebanyak 64 pasukan. Kejohanan ini anjuran MAYC Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
.
Berikut adalah senarai pemenang :-
Johan - SANTAI FC B
Naib Johan - POPCORN FC
Ketiga - M.WEST B
Keempat - CUCU BUGIS FT
Kelima - EVIL GOD FC B
Keenam - DADIDU FC
Ketujuh - SERKAM UNITED D
Kelapan - MPJ ALLSTARS
.
Johan kejohanan iaitu Santai FC B membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM1000, Medal dan Piala Kejohanan.
.
Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin, Zahir Zahari diiringi oleh Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali. Hadir sama Ahli Majlis MPJ, Asmah Sulaiman; Ahli Majlis MPJ, Roszita Derus; Datuk Shahrul Azuwar; Pengerusi Yayasan Bina Nusa; Pengarah Korporat MPJ, Nur Adhawiah Mohd Said dan Pengerusi MAYC Jasin, Mohd Shaffie Mohd Saat.
- JBS Melaka
- Hits: 187
