- JBS Melaka
- Hits: 235
YBTM KBS LAWATAN KERJA KUNJUNG HORMAT KE IBUPEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT (JBPM) NEGERI MELAKA
BUKIT KATIL, 8 Disember 2023 - Telah berlangsung satu kunjung hormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Adam Adli Abdul Halim ke Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Melaka. Delegasi YB Timbalan KBS telah disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka; PgKB I Tuan R. Saiful Iswandy R. Hassan.
-
Dalam sesi kunjungan hormat ini telah diadakan satu sesi taklimat berkenaan kefungsian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dato' Husain Ahmad Takin.
-
YB Timbalan KBS turut berkesempatan untuk menyerahkan sumbangan berupa 86 kampit beras kepada JBPM untuk digunakan dan dimanfaatkan pada program-program dan operasi yang akan dilakukan pada masa akan datang.
-
Turut hadir mengiringi YB Timbalan KBS, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli dan Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman.
- JBS Melaka
- Hits: 235
