- JBS Melaka
- Hits: 192
SELAMAT BERJUANG KONTINJEN MELAKA DALAM KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
AYER KEROH, 2 November 2023 - Selamat berjuang buat Kontinjen Negeri Melaka yang akan berjuang dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Sports City pada 3 hingga 5 November 2023. Pada kali ini, Kontinjen Negeri Melaka akan bersaing dalam acara sukan Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring.
-
Majlis penyerahan bendera negeri dan pelepasan kontinjen telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Khairul Adri Dato' Rosli bertempat di ruang legar ibupejabat JBSNM. Semoga beroleh kejayaan buat Kontinjen Negeri Melaka. Ayuh bawa semangat Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat!!
- JBS Melaka
- Hits: 192
