- JBS Melaka
- Hits: 203
KOMBES MELAKA MENJADI SAKSI PENCARIAN JUARA MUTLAK SETIAP KATEGORI LSK 2023 MELAKA
AYER KEROH, 29 Oktober 2023 - Liga Sukan Komuniti (LSK) 2023 Peringkat Negeri Melaka telah dilangsungkan di 3 venue iaitu di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh (Bola Jaring), Kompleks Sukan Komuniti Krubong (Futsal) dan Dewan Badminton MSN (Sepak Takraw).
-
Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah yang dilangsungkan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh telah disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Belia, Sukan & NGO Melaka; YB Tuan VP Shanmugam. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli.
-
LSK 2023 Melaka telah dilangsungkan bermula 6 Ogos 2023 yang lalu bagi kejohanan diperingkat Daerah dan melibatkan penyertaan seramai hampir 2000 orang peserta dari tiga buah Daerah yang bertanding didalam 3 jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Futsal Lelaki dan Bola Jaring.
-
Johan setiap kategori acara sukan bakal mewakili Negeri Melaka ke LSK 2023 Peringkat Kebangsaan yang akan dilangsungkan pada 2 hingga 5 November ini di Sports City, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
-
JBS Melaka juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada presiden dan persatuan sukan yang bersama membantu menjayakan LSK 2023 Melaka pada kali ini iaitu Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka, Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka, Kelab Bolasepak Bertam Hulu & Kelab Bolasepak Permata Satria.
-
Senarai pemenang bagi setiap kategori adalah seperti Berikut:
Sepak Takraw
Johan - MASKOM
Naib Johan - ZM Krismas B
Ketiga - ZM Krismas A
Bola jaring
Johan - Spitfire Netballers
Naib johan - Frozen
Ketiga - Alley Gactors
Futsal
Johan - NJ Futsal B
Naib Johan - Paya Rumput A
Ketiga - Teman FM
- JBS Melaka
- Hits: 203
