- JBS Melaka
- Hits: 219
PESERTA SELURUH MELAKA TURUN PANTAI TG. BIDARA DAPATKAN KIT RASMI @FIT MALAYSIA MELAKA 2023
TANJUNG BIDARA, 16 September 2023 - Seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 8.00 malam sehari sebelum Jelajah Fit Malaysia Melaka 2023 dilangsungkan di tapak parkir Pantai Tanjung Bidara, khemah urusetia pendaftaran tidak menang tangan membantu para peserta yang hadir bagi menuntut kit rasmi mereka yang telah ditempah awal.
-
Turut diadakan jualan kit rasmi Fit Malaysia Melaka 2023 kepada pengunjung yang ingin mendapatkannya sebagai tanda kenang- kenangan serta mendaftar sebagai peserta.
-
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu semua rakyat Melaka yang hadir ke Jelajah Fit Malaysia Melaka 2023. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan, pihak kami akuinya dan akan cuba memperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang. Tahniah & terima kasih semua!! Anda semua hebat!!!
- JBS Melaka
- Hits: 219
