- JBS Melaka
- Hits: 120
HARI BERTEMU PELANGGAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JBS MELAKA 2023 BERLANGSUNG MERIAH
AYER KEROH, 19 Mei 2023 - Penghujung Syawal mulia ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka berkesempatan melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi menghargai semua pemegang taruh dan rakan agensi yang selama ini menyokong agenda JBS Melaka bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka.
-
Kemeriahan dapat dirasakan dengan kehadiran semua jemputan baik dari pemegang taruh NGO Belia dan Sukan, rakan strategik agensi, persatuan dan kelab dari pelbagai peringkat, orang awam dan juga kepimpinan Negeri yang dapat hadir beramah mesra bersama warga jabatan sambil menikmati pelbagai juadah menarik yang disediakan serta memberikan sokongan menjayakan sambutan yang diadakan.
-
Majlis kali ini diceriakan lagi dengan kesudian hadirnya YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Adam Adli Abd Halim. Turut sama hadir, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB Tuan VP Shanmugam, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB Datuk Rahmad Mariman, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi; YB Tuan Fairul Nizam Roslan, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna; YB Tuan Allex Seah Shoo Chin, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem, ADUN Ayer Keroh; YB Tuan Kerk Chee Yee dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Tuan Mohd Azhari Mohamad.
-
Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas kehadiran dan memeriahkan majlis jamuan dan semoga ukhwah yang dijalinkan akan dapat dikekalkan dan diperkukuhkan dimasa hadapan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang bekerjasama membantu didalam memastikan majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
- JBS Melaka
- Hits: 120
