- JBS Melaka
- Hits: 150
MESYUARAT JAWATANKUASA AKTIVITI DAN PENYERTAAN JELAJAH FIT MALAYSIA MELAKA 2023 DI MARKAS 3 DIVISYEN
SUNGAI UDANG, 30 Ogos 2023 - Bertempat di Bilik Gerakan Markas 3 Divisyen, Sungai Udang, Melaka telah dilangsungkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Aktiviti dan Penyertaan bagi Pelaksanaan Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2023.
-
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli ini turut membincangkan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena Jelajah Fit Malaysia Melaka pada kali ini. Antara aktiviti yang dirancangkan adalah Family Fun Walk 3km, Fun Run 5km & 10km, Fun Ride 10km, Fun Ride trail MTB 30km, Aerobikthon, Mr. Smart Body FM Melaka, Pahlawan Challenge, Maze Run Challenge, dan banyak lagi.
-
Untuk Makluman, program ini akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan NGO sukan bagi menjayakan pelaksanaan program pada kali yang dijangka akan dilangsungkan pada 17 September 2023 bertempat di Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan program ini bagi mencapai sasaran 8500 orang peserta yang akan terus membudayakab gaya hidup sihat dan cergas!!!
- JBS Melaka
- Hits: 150
