SERKAM, 19 Ogos 2023 - Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) dan Kursus Asas dan Penubuhan CDAERT REDTMA telah berlangsung di Pantai Siring, Serkam, Melaka dari 18 hingga 19 Ogos 2023 melibatkan 27 orang peserta.
.
Civil Defence Auxiliary Emergency Response Team (CDAERT) ini telah dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka selaku Rakan Strategik yang memberi latihan pengurusan kemalangan serta mentauliah penubuhan CDAERT REDTMA melalui kuasa serta peruntukan di bawah Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221).
.
Antara aktiviti lain yang telah dilaksanakan semasa kursus berkenaan ialah Ceramah Penyalahgunaan Dadah, Jenayah Semasa Bencana, Family Night Fun Walk, Asas Pertolongan Cemas; dan Edaran Flyers AADK, PDRM dan APM.
.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim. Turut hadir Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Penolong Pengarah JBS Melaka; Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; Kapten (PA) Shahrul Nizam Mad Shah, Pegawai APM Daerah Jasin dan Hassan Maslan, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Redtma.