- JBS Melaka
- Hits: 126
PENGGIAT SUKAN BERBASIKAL BERKAMPUNG DI MELAKA UNTUK JELAJAH 120 KM MELAKA RIDE 2023
SIMPANG AMPAT, 10 Jun 2023 - Telah berlangsung 120KM Melaka Ride anjuran Kelab Berbasikal Cycle X Alor Gajah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Freeport A'Famosa Outlet, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka.
7 Kategori dipertandingkan antaranya kategori Men Junior, Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Women Master dan TM Team. Penyertaan berdaftar seramai 532 orang juga melibatkan penyertaan antarabangsa dari Singapura, United Kingdom, Jepun, Filipina dan United State of Amerika. Jarak laluan 120 KM melibatkan 2 Daerah iaitu Alor Gajah dan Jasin.
Majlis Pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Shaiful Hazwa bin Kipli, Pegawai Daerah Alor Gajah. Turut hadir sama YDH Supt. Tuan Azahar bin Haji Abd Rahim, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 1 mewakili Ketua Polis Melaka, Encik Jazwin bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah JBSNMelaka, Encik Jimmy Choo mewakili Pengurusan Tertinggi A' Famosa Resort & Puan Nurul Haida Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Nazri bin Suboh, Pegawai Khas kepada YB Tuan Adli bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah ,Tuan Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka dan Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang bersama-sama membantu kelancaran program. Tidak dilupakan juga buat penaja yang bersama-sama memastikan industri sukan berbasikal bergiat aktif.
Kredit sisipan gambar menarik dalam lapangan di FB :
Engku Iskandar Photoworks
Syukor Mikail
- JBS Melaka
- Hits: 126
