Bemban, 12 Ogos 2023 - Sedang berlangsung Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LKS) Peringkat Daerah Jasin 2023 di Dewan Terbuka Japerun Bemban. Melibatkan penyertaan 12 pasukan bagi merebut hadiah berjumlah RM1,000 dan tiket ke peringkat Negeri Melaka. Majlis perasmian disempurnakan oleh Mohd Wardi Ramli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jasin. Turut hadir Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; Mohd Hazriq Abu Zarin, Pegawai Penggalakan Sukan JBS Negeri Melaka; dan Mohd Yusof Botak, Penghulu Bemban.
- JBS Melaka
- Hits: 224
