PORT DICKSON, 28 Julai 2023 - Satu Bengkel Libat Urus TOT Kursus Kejurulatihan eSport Tahap 1 2023 telah diadakan bertempat di Tunas Resort Port Dickson, Negeri Sembilan anjuran Cawangan Pembangunan Sukan, KBS.
-
Bengkel selama 4 hari yang melibatkan para pegawai Jabatan Belia dan Sukan dan wakil-wakil Persatuan e-Sports dari seluruh negara ini bertujuan bagi memperkasakan sukan elektronik tersebut agar dapat melahirkan jurulatih yang bertauliah dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan.
-
JBSNM melalui Bahagian Pembangunan Sukan telah diwakilkan Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi; Encik Muhammad Zulhelme Daud.
AYER KEROH, 29 Julai 2023 - Deruman enjin hampir 190 buah motorsikal pelbagai cc disebelah petang telah menghangatkan Program Bikers Gathering bersempena Gegau Melaka Gegau 3.0 yang dianjurkan oleh MAYC Bukit Katil dengan kerjasama Tourism Melaka dan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
-
Pelepasan 'Flag Off' peserta bikers gathering yang kebanyakannya bikers wanita pada kali untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Pantai Siring telah disempurnakan Penolong Pengarah Sukan JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh mewakili Pengarah JBSNM. Turut hadir, Pengerusi MAYC Negeri Melaka; Saudara Mohd Sharom Mohamad dan Pengerusi MAYC Bukit Katil; Cik Zaiton Sidek.
-
Turut diadakan sesi sukaneka ria bersama para peserta yang dikatakan telah hadir dari pelbagai negeri serata semenanjung dan turut dilangsungkan aktiviti cabutan bertuah kepada peserta dengan hadiah-hadiah menarik barangan dan aksesori motorsikal yang telah ditaja oleh rakan penaja bersama program.
AYER KEROH, 29 Julai 2023 - Seawal jam 6.30 pagi lagi hampir 500 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah tiba dan bersedia untuk memulakan larian santai 5KM dan 10KM Gegau Melaka Gegau 3.0 yang dianjurkan oleh MAYC Bukit Katil dengan kerjasama Tourism Melaka dan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
-
Pelepasan 'Flag Off' peserta telah disempurnakan Penolong Pengarah Sukan JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh mewakili Pengarah JBSNM. Turut hadir, Pengerusi MAYC Negeri Melaka; Saudara Mohd Sharom Mohamad, PBSD Melaka Tengah; Puan Norazlin Sarun dan Pengerusi MAYC Bukit Katil; Cik Zaiton Sidek.
-
Turut diadakan sesi Senamrobik sebagai pemanasan badan peserta sebelum memulakan larian dan aktiviti cabutan bertuah kepada peserta setelah selesai program larian.
AYER KEROH, 27 Julai 2023- Telah berlangsung sesi taklimat lawatan tapak yang disampaikan oleh Encik Mohd Ariff bin Ariffin, Penolong Jurutera JBSNM. KOMBES Negeri Melaka yang kini berwajah baru sedang dalam penambahbaikan didalam memberikan keselesaan serta kemudahan fasiliti yang terbaik bagi semua warga Negeri Melaka.
Sesi lawatan ini turut dihadiri Pegawai Perolehan JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman.
JASIN, 29 Julai 2023 - Karnival Kesihatan Kemendor berlangsung dengan meriah di perkarangan Klinik Kesihatan Kemendor dengan kehadiran 200 orang masyarakat desa. Beberapa acara turut diadakan dalam program berkenaan seperti Pameran Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah, Senamrobik dan Fun Run. Karnival ini diadakan adalah untuk meningkatkan komuniti tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan.
KRUBONG, 28 Julai 2023 - Meriah dan penuh aksi! KSK Krubong sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSN Melaka bagi tahun 2023. Hampir 100 buah sekolah rendah dari seluruh Negeri Melaka telah mengambil bahagian bagi merebut kejuaraan. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari tersebut menyaksikan SK Sri Laksamana dari Masjid Tanah menjadi Johan pada tahun ini menewaskan SK Lesong Batu dari Alor Gajah dalam perlawanan akhir.
-
Berikut kedudukan 4 sekolah terbaik Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSN Melaka 2023:-
Johan - SK Sri Laksamana, Masjid Tanah
Naib Johan - SK Lesong Batu, Alor Gajah
Ketiga - SK Belimbing Dalam, Durian Tunggal
Keempat - SK Jasin, Jasin
Tahniah Adik-adik!
AYER KEROH, 28 Julai 2023 – Sesi taklimat berkaitan Perancangan Program Setengah Tahun Kedua Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah diadakan bersama YB Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, YB Tuan VP. Shanmugam bertempat di Pejabat Exco Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Melaka.
Taklimat disampaikan oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Khairul Adri bin Dato' Rosli. Tujuan taklimat adalah untuk memaklumkan dan menyelaraskan program-program kalendar di bawah Bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda.
Turut hadir ke sesi taklimat tersebut, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs Encik Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh, Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Encik Mizan bin Malik dan Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Puan Masitah binti Ab Wahab.
KAMPUNG PANTAI, 26 Julai 2023- Telah berlangsung sesi taklimat lawatan tapak yang disampaikan oleh Encik Mohd Ariff bin Arifin, Penolong Jurutera JBSNM. Youth HUB diperkenalkan ialah mewujudkan satu konsep mesra masyarakat yang menampilkan pelbagai aktiviti pembangunan dan pengupayaan belia.
Sesi lawatan ini turut dihadiri bersama ialah Penolong Pengarah JBSNM, Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
MELAKA, 16 Julai 2023 - JBSNM melalui Bahagian Pembangunan Belia telah menerima dan meraikan kunjungan Delegasi Belia Korea ke Negeri Melaka sempena Program Pertukaran Belia Antarabangsa Malaysia-Korea Selatan 2023. Delegasi tersebut berada di bumi Malaysia bermula 11 Julai hingga 20 Julai 2023 dengan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirangka oleh Unit Antarabangsa dan Integrasi Belia, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN yang bertemakan kepada Economic Development (Youth Entrepreneurship).
Jadual penuh lawatan turut melibatkan lawatan fasiliti dan tempat2 bersejarah di Negeri Melaka yang telah dikendalikan oleh JBSNM yang mana bermula di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah (lawatan fasiliti) dan seterusnya ke lokasi2 bersejarah disekitar Bandar Hilir, Melaka. Antara lokasi tarikan yang telah dihidangkan kepada delegasi tersebut adalah seperti Bangunan Studhuys, Muzium2 Sejarah dan tidak ketinggalan melihat keindahan Negeri Melaka dengan menaiki Bukit Melaka (Bukit St Paul).
Program lawatan ini telah dapat dijayakan dengan sempurnanya dan seterusnya membuktikan Negeri Melaka sentiasa menjadi tumpuan pelancong dan sekaligus dapat memperhebatkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024.