- JBS Melaka
- Hits: 302
SESI CABUTAN UNDI FUTSALL BUKA TIRAI LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH
LENDU, 2 Ogos 2023- Telah berlangsung sesi cabutan undi bagi acara futsall Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah yang akan dijalankan pada 6 Ogos 2023 di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Sebanyak 16 pasukan akan bersaing bagi merebut gelaran juara kejohanan.
Taklimat peraturan dan sesi cabutan undi ini diatur bagi memastikan setiap pasukan bersedia dan mematuhi peraturan perlawanan seterusnya merancang strategi untuk beroleh kejayaan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik Perma FC yang telah mengatur urusan undian.
- JBS Melaka
- Hits: 302
