JASIN, 15 Ogos 2023 - Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Jasin dan Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin telah membuat sesi perbincangan dan bertukar pendapat bagi memastikan Program Jelajah Genta Belia Daerah Jasin yang bakal dilaksanakan 30 September ini berjalan lancar. Program berkenaan akan dilaksanakan di Laman Belia, Sungai Rambai.
.
Tiga pengisian utama bagi jelajah tersebut iaitu aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.
.
Sesi perbincangan telah dihadiri Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; Mohd Faizzudin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; Khuzaimah Abdullah, Pengerusi MGBD Jasin dan Asmah Sulaiman, Naib Pengerusi Wanita MGBD Jasin.
- JBS Melaka
- Hits: 180
