BUKIT SERINDIT, 2 September 2023 - YB Tuan P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka telah hadir bagi merasmikan Kejohanan ‘2023 ITF Taekwondo Open World Cup Heritage City' di Stadium Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
Kejohanan anjuran Persekutuan Taekwon-Do Malaysia (CHITF) ini telah disertai oleh 300 peserta dari 7 buah negara terdiri daripada Malaysia, Uzbekistan, New Zealand, Bangladesh, China, Singapore dan India.
Turut hadir, Encik Mohd Hazriq Bin Abu Zarin, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBS Melaka mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
- JBS Melaka
- Hits: 226
