- JBS Melaka
- Hits: 145
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA INDUK PELAKSANAAN JELAJAH FIT MALAYSIA NEGERI MELAKA 2023
SERI NEGERI, 21 Ogos 2023 - Telah berlangsungnya satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Pelaksanaan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, Ayer Keroh yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari.
-
Turut sama hadir, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB Tuan VP Shanmugam dan Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli serta ketua-ketua Jabatan dan Agensi yang akan menjadi rakan kerjasama dalam penganjuran Jelajah Fit Malaysia Melaka pada tahun ini.
-
Untuk makluman, Jelajah Fit Malaysia Negeri Melaka 2023 dirancang pelaksanaannya pada 17 September 2023 bertempat di Pantai Tanjung Bidara, Alor Gajah yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka; YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh.
- JBS Melaka
- Hits: 145
