- JBS Melaka
- Hits: 170
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA SAMBUTAN DAN PERSEMBAHAN LTDL STAGE 6 BERSIDANG
KRUBONG, 23 Ogos 2023 - Satu mesyuarat bagi menyelaras sambutan dan persembahan bersempena ketibaan peserta Le Tour de Langkawi (LTDL) Peringkat ke-6 dari Karak ke Melaka telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat MSN Melaka yang dipengerusikan Pengarah MSNM; Encik Mohd Asri Haji Ninggal.
-
Untuk makluman, Negeri Melaka akan menjadi lokasi ketibaan bagi peringkat ke-6 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir. JBS Melaka yang diwakilkan Penolong Pengarah Sukan; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh akan ditugaskan dalam membantu dari segi persediaan aktiviti sampingan bagi memeriahkan lokasi yang telah dirancangkan pada kali ini.
- JBS Melaka
- Hits: 170
