LENDU, 9 September 2023 - Telah berlangsung Perlawanan Persahabatan 5 Penjuru Belia India Masjid Tanah anjuran Majlis Belia India Malaysia Cawangan Masjid Tanah (MIYC Masjid Tanah) bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Seramai 5 pasukan terdiri daripada belia india kategori 18 tahun kebawah terlibat Perlawanan Persahabatan 5 Penjuru Belia India Masjid Tanah.
Antara objektif penganjuran adalah merapatkan lagi ukhwah antara belia melalui program kesukanan. Selain itu juga, program ini diharap dapat mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh, Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Hadir sama Encik Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah serta Encik Kuhan A/L Morgan, Pengerusi MIYC Masjid Tanah selaku penganjur.
Tahniah diatas penganjuran program yang berjaya.
- JBS Melaka
- Hits: 172
