LENDU, 6 Ogos 2023- Telah berlangsung Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Sebanyak 16 pasukan telah bersaing bagi merebut gelaran juara kejohanan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ismail Asif bin Mohd Amin, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah. Turut hadir, Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Kuhan A/L Morgan, Setiausaha Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik Perma FC dan Kelab Sukan Rekreasi Kembara yang telah mengurus atur kejohanan.
JOHAN : TGR FC
NAIB JOHAN : NJ FUTSAL A
KETIGA : PADANG LALANG
KEEMPAT : PERMA FC
- JBS Melaka
- Hits: 173
