ALOR GAJAH, 9 April 2023- Telah berlangsung Majlis Iftar Dan Sumbangan Aidilfitri anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah. Seramai 70 orang belia setempat telah terlibat dalam Majlis Iftar ini. Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk merapatkan silaturahim antara ahli jawatankuasa persatuan seterusnya mengimarahkan simbolik program yang dilaksana setiap tahun dalam bulan Ramadan.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Asahan, YB Tuan Fairul Nizam bin Roslan. Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Sodikin bin Ali. Terima Kasih atas jemputan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah yang diterajui oleh Saudara Azri Khairi bin Juaher.
- JBS Melaka
- Hits: 130
