- JBS Melaka
- Hits: 160
LAWATAN TAPAK KE KOMPLEKS TENIS MITC, AYER KEROH BERSAMA TIM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KBS

AYER KEROH, 24 Mac 2023 - Telah berlangsung satu lawatan tapak ke Kompleks Tenis MITC, Ayer Keroh Melaka oleh pihak Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi melihat dan menilai tapak cadangan naiktaraf yang dipohon oleh pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
-
Delegasi dari Bahagian Pembangunan telah diketuai oleh Ketua Unit Penyelarasan Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Faez Othman. Turut sama hadir, Pengarah MSN Melaka, Encik Mohd Asri Hj Ninggal, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNM, Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Presiden Lawn Tenis Negeri Melaka, Encik Muhammad Shahrul Hafidz Abdul Rahim dan wakil dari Pihak MPHTJ, Encik Mohd Azizul Kamis.
- JBS Melaka
- Hits: 160
