PUTRAJAYA, 22 Jun 2023 - Pegawai Integriti Jabatan dari seluruh agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berkumpul di Dewan Podium A, Menara KBS, Putrajaya bagi menghadiri Kursus Pengurusan Tatatertib KBS bagi tahun 2023 yang diselaraskan oleh Unit Integriti KBS.
-
Pengisian kursus selama 1 hari pada kali ini yang lebih memfokus kepada penyediaan kertas pertuduhan yang berkualiti serta contoh-contoh kes yang berkaitan isu tatatertib yang melibatkan penjawat awam telah disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA); Puan Salwa Binti Mhd Asrar.
-
JBSNM diwakilkan Penolong Pengarah Sukan, JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang juga merangkap Pegawai Integriti Jabatan.
PULAU SEBANG, 20 Jun 2023 - Riuh dan meriah dengan sorakan hampir 550 orang penyokong pasukan kesayangan Harimau Malaya apabila menjadi saksi kebangkitan pasukan kebangsaan kita meratah pasukan Papua New Guinea dengan jaringan besar 10-0 dalam perlawanan persahabatan bolasepak antarabangsa tier 1 yang dilaksanakan secara tayangan langsung skrin besar bertempat di Bandar Satelit Sebang, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka dibawakan khas oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan sokongan penyiaran dari pihak Astro.
-
Pelbagai acara sampingan menarik turut diadakan bagi memberikan peluang kepada pengunjung untuk dapat turut serta secara interaktif antaranya Dribbling Challenge, Juggling Challenge, Penalty Shootout, Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Challenge dan Mari Mencuba PS5 FIFA 2023.
-
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu utama YB Tuan VP Shanmugam; EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka merangkap ADUN kawasan Gadek yang sudi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sampingan dan juga sesi cabutan bertuah kepada para pengunjung yang setia dilokasi.
-
Turut hadir, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli serta wakil-wakil dari rakan strategik program yang lainnya seperti Japerun Kawasan Gadek, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Kelab Bell Belia Tamil Negeri Melaka, JPKK, Ancient Galaxy eSports Hub, Kelab Bolasepak Taming Sari, Mamee Sdn Bhd, TM Unifi Negeri Melaka serta wakil NGO-NGO yang turut memberikan sumbangan menjayakan program ini.
-
Tahniah Harimau Malaya!! Kami ekor harimau akan tetap setia menyokong dan bersorak untuk Harimau Malaya. Tahniah 10-0!!!
LENDU, 19 Jun 2023- Telah berlangsung pada sesi petang ialah Lawatan Tapak Sebutharga Kerja-kerja Naik Taraf Pagar Penghadang Bola Sepak, Tangki Air dan Kelengkapan Bilik Tandas di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh 8 wakil syarikat bumiputera dalam Melaka.
Taklimat dan lawatan ke seluruh kawasan oleh Encik Zainorizan bin Ehwan, Pembantu Belia dan Sukan mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir, Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin, Penolong Jurutera Awam dan Ketua Pembantu Tadbir, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Radzali bin Rasit.
MASJID TANAH, 19 Jun 2023- Telah berlangsung pada sesi pagi ialah Lawatan Tapak Sebutharga Perkhidmatan Membersih, Menyelenggara, Mencuci Luar Dan Dalam Bangunan Serta Lanskap Di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh 43 wakil syarikat bumiputera dalam Melaka.
Taklimat dan lawatan ke seluruh kawasan oleh Puan Hasnuren binti Mohd Huzali, Pembantu Belia dan Sukan mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir, Ketua Pembantu Tadbir, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Radzali bin Rasit.
AYER KEROH, 18 JUN 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan tahniah kepada 6 calon APBN kategori Individu lelaki & wanita yang telah selesai menghadiri sesi penilaian. Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 telah berlangsung pada 17 dan 18 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
APBN ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu belia yang yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara. Antara objektif APBN ialah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarelawan dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
6 daripada 18 pencalonan APBN Negeri Melaka kategori Individu adalah terdiri daripada Belia di Daerah Melaka Tengah iaitu En. Muhammad Syazani Bin Rosli, En.Khalil Bin Ismail, En.Nik Ahmad Yaakob Bin Nik Mahamood, Dr. Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi dan En.Mohammad Solihin Bin Mohamat Shati. Manakala bagi kategori individu wanita diwakili Cik Mardhiah Bt Mohd Paud.
PBSD Melaka Tengah berharap keputusan yang baik berpihak kepada calon-calon bagi Daerah Melaka Tengah. Semoga lebih ramai pemimpin belia dan pertubuhan belia berminat untuk menyertai APBN pada tahun akan datang.
BANDAR BARU MASAI, 19 Jun 2023 - Telah berlangsung Kursus Pengurusan Perolehan Siri 2 selama 3 hari 2 malam di Amansari Residence, Bandar Baru Masai melibatkan para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta IKTBN Zon Selatan.
Seramai 30 orang peserta telah hadir dan mengikuti kursus ini yang memberi input berkenaan tajuk-tajuk penting berkaitan perolehan kerajaan terutamanya persediaan ke arah pelaksanaan CPTPP iaitu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perjanjian Trans Pasifik yang berkuatkuasa 29 November 2022.
Selain itu antara pengisian kursus juga adalah penerangan berkaitan perolehan hijau yang akan menjadi kriteria utama dalam perolehan kerajaan pada masa akan datang.
Untuk makluman, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka diwakili PBSD Melaka Tengah; Puan Norazlin Binti Sarun, PBSD Alor Gajah; En Sodikin bin Ali dan PBSD Jasin; Puan Nurul Haida binti Mohd Ghazali.
AYER KEROH, 19 JUN 2023 - Telah berlangsung sesi taklimat lawatan tapak yang disampaikan oleh Encik Mohd Ariff bin Arifin, Penolong Jurutera JBSNM. Objektif utama Youth HUB diperkenalkan ialah mewujudkan satu konsep mesra masyarakat yang menampilkan pelbagai aktiviti pembangunan dan pengupayaan belia.
Sesi lawatan ini turut dihadiri bersama, Timbalan Pengarah JBSNM, Encik Mohd Jazwin bin Abdul Rahman dan Pengurus KOMBES, Puan Runiza binti Mahmud.
DURIAN TUNGGAL, 18 Jun 2023 - Hampir 60 buah kenderaan jentera 2 roda dan 4 roda dari seluruh negara telah hadir menyertai MyFit@Motorsports Klass & Tune KBS Siri 2 bertempat di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC), Durian Tunggal, Melaka.
-
Program selama 2 hari yang telah bermula pada 17 hingga 18 Jun 2023 pada kali ini lebih memfokuskan kepada mendisplinkan para peserta pecut bermotor (Drag Race) serta memberikan kesedaran serta ilmu keselamatan semasa pelaksanaan perlumbaan kategori ini. Penganjuran pada kali ini telah diselaraskan oleh Kelab Permotoran Langkawi dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta rakan strategiknya Kelab Sukan Bermotor Integrasi.
-
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, JBSN; Encik Nik Mohd Mazuki Nik Mat. Turut sama hadir Penolong Pengarah Sukan, JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Presiden Kelab Permotoran Langkawi; YBhg. Dato' Syed Al Fiezal Dato' Syed Ahmad, Presiden Kelab Sukan Bermotor Integrasi; Encik Jan Al Jefri Rashid dan Pengurus Drag Racing Management; Encik Asmadi Md Yatim.
GUNJNG PULAI, 17 Jun 2023 - Para peserta telah begerak dari Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor ke Taman ECO Rimba Gunung Pulai Johor bagi aktiviti Trekking. Aktviti ini diketuai Renjer Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Johor sepanjang perjalanan trekking di hutan ini para peserta telah diberikan maklumat berkaitan kepentingan alam sekitar, penjagaan hutan dan cara iktihar hidup semasa berada di dalam hutan. Peserta jugak diberi peluang untuk mandi dikawasan air terjun di Gunung Pulai selepas tamat aktiviti trekking.
*
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohamad Mazlan bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah (Belia) mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut Hadir ke Majlis Penutup En. Ahmad Meisery bin Abd Hakim Amir, Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan, En. Muhammad Zulhelme bin Daud Pegawai Unit Rekreasi mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan En. Suhizulhisham dari SMK Penggawa Barat Pontian.