MERLIMAU, 27 Mei 2023 - Sesi lawatan tapak bagi pelaksanaan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2023 bersama YB Tuan P.Shanmugam A/L Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka telah diadakan di Dataran Orang Kampung, Merlimau, Jasin, Melaka.
-
Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti lokasi yang bersesuaian bagi penganjuran sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2023 yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, Pegawai-Pegawai JBSNM serta NGO yang terlibat.
MELAKA, 29 Mei 2023 - Promosi Pendaftaran Pemilih Parlimen Belia Malaysia Sesi 2023/2024 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui konti radio RTM Melaka. Promosi bertujuan untuk menggalakkan penglibatan warga belia Negeri Melaka yang berminat untuk menyertai Parlimen Belia Malaysia Sesi 2023/2024 bagi mewakili Negeri Melaka.
-
Platform ini adalah peluang bagi golongan belia untuk terus bersuara dan mengetengahkan isu-isu yg berfokus kepada pembangunan belia disetiap peringkat.
JASIN, 15 Mei 2023 - Promosi Pendaftaran Pemilih Parlimen Belia Malaysia Sesi 2023/2024 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui konti radio Hitz Jasin. Promosi bertujuan untuk menggalakkan penglibatan warga belia Negeri Melaka yang berminat untuk menyertai Parlimen Belia Malaysia Sesi 2023/2024 bagi mewakili Negeri Melaka.
-
Platform ini adalah peluang bagi golongan belia untuk terus bersuara dan mengetengahkan isu-isu yg berfokus kepada pembangunan belia disetiap peringkat.
JASIN, 28 Mac 2023 - Majlis penutupan dan penyampaian hadiah Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix Musim 2023 Pusingan Ketiga bertempat di Bandar Jasin Bestari, Melaka telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang hadir mewaklili YAB Ketua Menteri Melaka. Hadir sama YB Tuan P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya dan Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ),
*
Sukan bermotor merupakan sukan yang diminati ramai jadi tidak hairan jika hampir 5000 orang pengunjung dari dalam dan luar Melaka datang bagi menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pelumba pilihan mereka selama 2 hari penganjurannya. Hal ini secara tidak langsung merancakkan Pelancongan Sukan atau Sport Tourism di Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada saudara MD Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing yang berjaya memenangi kategori CP150 di pusingan Ketiga Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix dan terima kasih juga kepada PETRONAS kerana telah memilih Negeri Melaka sebagai destinasi tuan rumah pada kali ini.
MERLIMAU, 27 Mei 2023 - Seramai lebih 200 orang dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Fit@Community Siri 1 Negeri Melaka 2023 yang telah berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
-
Program yang dilangsungkan sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2023 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka ini dimulakan dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh Persatuan Kecergasan Daerah Melaka Tengah (AROFIT) sebelum pelepasan larian santai sejauh 4 kilometer disempurnakan oleh YB Tuan P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka. Menariknya larian santai tersebut turut disertai oleh YB Tuan Ngwe Hee Sem dan YB Puan Siti Faizah Datuk Abd. Azis, EXCO dan Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka.
-
Majlis berakhir dengan penyampaian pingat dan hadiah cabutan bertuah kepada para peserta serta pertunjukan bunga api. Turut sama hadir ialah Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Fazilah serta Encik Asyraf dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Puan Azizah Ahmad, Pengerusi Persatuan Kecergasan Daerah Melaka Tengah (AROFIT) dan Cik Zaiton Sidek, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Sempoi.
JASIN, 27 Mei 2023 - Warga Jasin teruja membanjiri Litar Bandar Jasin Bestari bagi melihat dengan lebih dekat para pelumba profesional dan amatur negara yang bersaingan merebut kejuaraan di Pusingan Ketiga Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2023, Musim ke-30 yang akan berlangsung selama 2 hari di Daerah Jasin, Melaka bermula 27 hingga 28 Mei 2023 ini.
-
Untuk makluman semua, Daerah Jasin telah dipilih sebagai destinasi ketiga dari 10 pusingan kejuaraan keseluruhannya bagi saingan Cub Prix pada tahun ini. Perlumbaan kejuaraan Cub Prix melibatkan tiga kelas utama iaitu kategori Wira, CP125 dan CP150. Turut diadakan pameran dan jualan produk-produk berkaitan permotoran serta pelbagai aktiviti menarik untuk disertai para pengunjung yang disediakan oleh pihak penganjur.
PUTRAJAYA, 26 Mei 2023 - Telah berlangsungnya satu sesi libat urus anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah seluruh negara bagi menerangkan tentang Pemahaman Perintah Pembangunan Sukan dan Pembaharuan Permohonan Penganjuran Acara Sukan 2023.
-
Sesi ini dilaksanakan selaras dengan kuasa yang diperuntukan dibawah seksyen 37 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), dimana pada 6 Mac 2023, YB Menteri bersetuju untuk meminda senarai aktiviti yang dimaksudkan sebagai suatu sukan dibawah Jadual Pertama melalui Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023 dengan menyenaraikan 103 sukan dan berkuatkuasa mulai 10 Mac 2023.
-
Selain itu, YB Menteri menerusi sidang media pada 23 Mac 2023 juga telah mengumumkan beberapa perubahan mengenai kelulusan penganjuran acara sukan dipelbagai peringkat.
Semoga dengan segala komitmen yang diberikan ini akan dapat membantu dalam membangunkan lagi industri sukan negara.
AYER KEROH, 25 Mei 2023 - Telah hadirnya pasukan Inspektorat, Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri ke JBS Melaka bagi melaksanakan sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Jabatan.
-
Terdahulu, ketibaan pasukan Inspektorat yang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan; Encik Kannan a/l Nagappan telah disambut oleh Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman dan Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh merangkap Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) serta seluruh ahli Jawatankuasa Keselamatan Jabatan.
-
Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan ini diadakan bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan tahap keselamatan perlindungan dari aspek Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP).
-
Pihak Jabatan ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian pasukan Inspektorat untuk berkunjung ke JBS Melaka dan memberikan khidmat nasihat dan syor-syor yang berkaitan keselamatan untuk diterapkan bagi memastikan penambahbaikan dalam aspek keselamatan dokumen-dokumen kerajaan terutamanya di jabatan ini lebih selamat dan dapat terpelihara kerahsiaannya.
AYER KEROH, 24 Mei 2023 - Seluruh ahli Jawatankuasa Keselamatan JBSNM bersedia sebaik mungkin menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan didalam senarai semak keperluan pematuhan keselamatan bagi menerima kunjungan dari Inspektorat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yang akan hadir pada 25 Mei 2023.
-
Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan ini diadakan bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan tahap keselamatan perlindungan dari aspek Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) serta memberi Khidmat nasihat dan syor-syor yang berkaitan.