BUKIT SERINDIT, 16 April 2023 - Seramai 30 orang asnaf anak yatim dan OKU dari daerah Jasin diraikan dalam Program Sinar Syawal Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin (MGBDJ) 2023 yang diadakan di Jakel Melaka, Taman Piatu Mutiara dekat sini yang antara lain memberi ruang kepada para belia dan pemimpin menyantuni seterusnya menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ketika Aidilfitri hampir tiba.
.
Objektif program ini diadakan untuk membantu golongan sasaran iaitu asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) dibawah umur 12 tahun dalam Daerah Jasin iaitu dengan memberi sumbangan pakaian dan duit raya bagi menyambut kedatangan Aidilfitri.
.
Program ini disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Noor Helmy Bin Abdul Halem, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap ADUN Duyong. Turut hadir Puan Nurul Haida Binti Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin dan Cik Khuzaimah Binti Hj Abdullah Pengerusi MGBD Jasin.
- JBS Melaka
- Hits: 163
