
AYER KEROH, 19 Mac 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Sukan Tenis Malaysia Junior Tour Leg 3 Melaka di Kompleks Tenis MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 15-19 Mac 2023. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Lawn Tenis Melaka (MTLA) selaku pentadbir sukan tenis peringkat negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Malaysia, FKPM UiTM Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Melaka dan pelbagai agensi serta badan korporat mahupun swasta.
Terdahulu, Majlis Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh, YB Tuan Kerk Chee Yee, ADUN Ayer Keroh. Turut sama hadir, YBhg. Datuk Hj Mohd Arif bin Hj Yusa, Pengerusi Penyelaras JAPERUN DUN Ayer Keroh Melaka, YBhg. Profesor Madya Dr. Abdul Rauf bin Ridzuan, Ketua Pusat Pengajian FKPM UiTM Melaka, YBrs. Encik Muhammad Shahrul Hafidz bin Abdul Rahim, Presiden Persatuan Lawn Tenis Melaka, dan YBrs. Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat remaja dan peminat sukan tenis di negeri dan negara ini di samping memastikan kemunculan perintis jaguh sukan tenis di peringkat tertinggi. Kejohanan ini juga bertujuan sebagai platform kempen Tahun Melawat Melaka 2024.
- JBS Melaka
- Hits: 175
