- JBS Melaka
- Hits: 185
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP GANGSA DAN PERAK DI KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA

AYER PAABAS, 2 Mac 2023- Telah berlangsung Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UCAM) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM UCAM). Sesi taklimat ini telah berjaya mendaftarkan 43 orang peserta Tahap Gangsa dan 23 peserta Tahap Perak.
ARPRM adalah program yang diadaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award. Antara objektif program ialah pembangunan karakter belia tanpa mengira latar belakang termasuk golongan belia NEET (Not in Education, Employment and Training).
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hasnuren binti Mohd Huzali, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah Encik Abu Naim bin Bakri, Ketua Jabatan Perladangan mewakili Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Encik Fadhli bin Towhid, Pengerusi Sekretariat Rakan Muda (SRM) UCAM.
- JBS Melaka
- Hits: 185
