- JBS Melaka
- Hits: 192
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN OKU PERINGKAT ZON (Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
BALOK, KUANTAN, 13 Februari 2023 – Cawangan Sukan Pembangunan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan OKU Periingkat Zon bermula pada 9 hingga 12 Februari bertempat di De'Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang.
*
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Cawangan Sukan Pembangunan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Noor Azleen binti Yusop dan turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, YBrs. Puan Hajah Haniliza binti Sulaiman dan Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, YBrs. Encik Mohamad Suhaizan bin Selamat.
*
Tujuan program dilaksanakan adalah untuk penyelarasan Pembangunan Modul Sukan OKU dan mendapatkan idea-idea baru bagi memurnikan perancangan pelaksanaan Program Inspire iTalent dan Kursus Sukarelawan OKU Aktif di semua peringkat. Penyertaan daripada negeri Melaka telah dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Puan Masitah binti Ab Wahab, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas) merangkap Penggerak Sukan Para Olahraga Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Eirwan bin Halim dan Setiausaha, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, Encik Abdul Hamid bin Khairudin.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan tahniah di atas pengajuran dan diharapkan melalui pelaksanaan program dapat memartabatkan lagi Pembangunan Sukan OKU ini.
- JBS Melaka
- Hits: 192
