- JBS Melaka
- Hits: 192
AUDIT NAZIRAN 2023
AYER KEROH, 23 Februari 2023 - Bermula dari 21 Februari sehingga 23 Februari 2023, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka telah menerima lawatan dari Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN bagi melakukan Audit Naziran Pengurusan Sumber Manusia serta Naziran Pematuhan Tatacara Perakaunan Akruan.
.
Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138, Audit Naziran ini perlu dilaksanakan ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) di negeri-negeri bagi memastikan setiap PTJ mematuhi peraturan perakaunan dan kewangan yang sedang berkuat kuasa. Pasukan Naziran ini diketuai oleh Pn Suraya Binti Sulaiman ; Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan bersama 8 pegawai dan kakitangan.
- JBS Melaka
- Hits: 192
