AYER KEROH, 18 Februari 2023 - Telah berlangsung sesi Pre - Council Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Khas Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah Bersama Majlis Gabungan Belia Melaka.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka khusus bagi membincangkan perjalanan Mesyuarat Perhimpunan Agong Tahunan Khas MGBD Melaka Tengah yang akan di adakan pada 5 Mac 2023. Selain itu sesi perbincangan ini juga memberi ruang dan peluang kepada MGBD Melaka Tengah serta Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) mendapat pencerahan daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia berkenaan perjalanan mesyuarat yang bakal berlangsung.
Dalam sesi perbincangan tersebut, En.Shamsul Bin Musa, Ketua Penolong Pendaftar Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah memberi penjelasan dan menjawap segala persoalan berkenaan Isu MAT MGBD MT yang terbatal. Ia juga memberi peringatan supaya MGBM dapat menjalankan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Khas MGBD Melaka Tengah dengan mengikut proses dan garis panduan serta merujuk perlembagaan MGBM yang sedang berkuatkuasa.
Diharapkan dengan adanya sesi perbincangan dan penjelasan dari pihak Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Khas MGBD Melaka Tengah dapat dijalankan secara harmoni.
Turut hadir sesi perbincangan YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, Encik Muhammad Abdul Hafiz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah, JBS Melaka, Mohd Razali Bin Baharom, Setiausaha Agung MGBM, Pegawai Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Zon Selatan, Barisan Jawatankuasa MGBD Melaka Tengah.
- JBS Melaka
- Hits: 189
