Ayer Keroh, 6 Disember 2022 - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) mampu melahirkan belia yang berwibawa daripada segala aspek. Bagi mendepani cabaran dalam memastikan generasi pada masa depan lebih berwibawa dan berwawasan, maka ARPRM merupakan salah satu cara untuk memastikan generasi akan datang lebih berkualiti kerana setiap peserta ARPRM perlu menyelesaikan komponen sebelum ditauliahkan dengan pingat gangsa atau perak.
.
Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung pada 6 Disember 2022, bertempat di Kolej Yayasan Saad, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan P. Shanmugam A/L V.Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan & Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Puan Marina Binti Nafi, Pengarah Cawangan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, En. Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Mohd Haniff bin Omri
Penolong Pengarah
Merangkap Ketua Sub Unit Kokurikulum
Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan En. Azmi bin Muhammad
Wakil Pengetua Kolej Yayasan Saad, Melaka
.
Pada Majlis berkenaan seramai 30 orang pemimpin telah diberikan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih diatas jasa mereka dalam memastikan para peserta ARPRM berjaya menyelesaikan komponen ARPRM dan seramai 196 orang peserta bagi pingat perak dan 333 orang peserta bagi pingat gangsa telah ditauliahkan pada majlis berkenaan.
.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Pengetua Sekolah, Pemimpin/ Mentor yang telah membantu menjayakan program ini.

- JBS Melaka
- Hits: 168