- JBS Melaka
- Hits: 210
PROGRAM FIT AND ACTIVE FAMILY PERINGKAT NEGERI MELAKA 2022 GALAK AKTIVITI KECERGASAN BERSAMA KELUARGA
*
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi hampir 700 orang para peserta dan pengunjung yang hadir pada program kali ini seperti Zumba Keluarga, Sepakan Penalti Keluarga, Pertandingan Dodgeball bawah 12 tahun, Pertandingan Dam Aji, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Mari Mencuba Sukan Tradisional serta turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta dan pengunjung yang hadir memberikan sokongan.
*
Terdahulu, Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi mohd Salleh; Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka mewakili Pengarah JBS Melaka. Turut sama hadir, Encik Sivalinggam M. Ranakirishnan; Branch in Charge 1, Mydin Melaka Hypermarket dan Encik Zaini Muhammad; Timbalan Pengarah, Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
*
Program ini telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak seperti Mydin Melaka Hypermarket, LPPKN, Persatuan Dodgeball Negeri Melaka, Persatuan Peminat Sukan Tradisional Negeri Melaka, Kelab Bolasepak I Championi, Hulubalang Event, CIMB bank, Mc Donald's MITC Melaka dan Team Dayang (Zumba).
*
Untuk makluman, Program ini bertujuan bagi menggalakkan aktiviti kecergasan dan kesihatan secara lebih menyeluruh kepada komuniti berkeluarga disamping memupuk perpaduan dikalangan komuniti dari pelbagai latar belakang bangsa, umur dan agama.
- JBS Melaka
- Hits: 210
