- JBS Melaka
- Hits: 206
MESYUARAT CHEF DE MISSION (CDM) BIL 1/2022 PARA SUKMA XX MSN 2022 MERUNGKAI PERSIAPAN PENGANJURAN
*
Mesyuarat Bil 1 ini telah dihadiri kesemua CDM dan wakil Kontinjen yang turut membincangkan persiapan dan persediaan pihak sekretariat bagi penganjuran Para SUKMA XX MSN 2022 kali ini serta penyelesaian beberapa isu berbangkit dikalangan kontinjen yang hadir.
*
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Ramona Razali merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Ketua Pengarah MSN YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pengelola serta Penolong Setiausaha Jawatankuasa Pengelola dan 8 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kluster dan Setiausaha-Setiausaha Jawatankuasa Kecil Kluster Sukan Para SUKMA XX MSN 2022.
*
Kontinjen Para Melaka diwakili CDM; YBrs. Encik Khairul Adri Dato' Rosli bersama ACDM, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh serta PIC; Puan Mashitah Ab Wahab.
- JBS Melaka
- Hits: 206
