TAMAN PULAU MELAKA - Kita tetap bangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan pasukan Harimau Malaya walaupun terpaksa akur tewas dengan 3-0 (aggregat 3-1) kepada pasukan Gajah Perang dalam Perlawanan Separuh Akhir (2) Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Thammasat, Bangkok.
*
Para penyokong setia Harimau Malaya dari pelbagai peringkat umur telah hadir ke lokasi khas tayangan Skrin Besar yang telah dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Berbasikal Cycle X dan Kaizen Hotel & Suites bertempat di Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pulau Melaka.
*
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kesudian YB Khoo Poay Tiong merangkap Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka untuk hadir bagi menyaksikan tayangan khas pada kali ini bersama-sama dengan pengunjung yang hadir. Turut sama hadir, ADUN Kesidang, YB Allex Seah Shoo Chin, Pengarah JBSNM, YBrs. Encik Khairul Adri Dato' Rosli dan pihak Pengurusan Hotel Kaizen & Suites, Encik Yunus. Kita tetap bangga, Kita akan bangkit dengan lebih kuat! Ekor Harimau Malaya tetap setia!

- JBS Melaka
- Hits: 209