- JBS Melaka
- Hits: 292
SESI PENILAIAN KADAR HARGA SEWAAN FASILITI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH, 1 Februari 2023- Pihak Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Melaka (KOMBES Ayer Keroh) hari ini telah menerima kunjungan Puan Azean Ezamin binti Moin, Pegawai Penilaian Tertinggi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Melaka (JPPH) bagi sesi penilaian kadar harga sewaan fasiliti di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
*
Untuk makluman semua, KOMBES Ayer Keroh, Melaka bakal beroperasi semula dan dibuka kepada umum bermula pada 1 Mac 2023 yang akan datang.
*
Kehadiran pihak JPPH kali ini juga adalah bagi meneliti cadangan unjuran kadar sewaan bagi setiap fasiliti yang ada kemudahan tersebut untuk diangkat ke penilaian dan kelulusan peringkat tertinggi KBS.
*
Semoga dengan bakal beroperasinya semula kemudahan ini, akan dapat menyemarakkan lagi aktiviti sukan dikomuniti setempat.
- JBS Melaka
- Hits: 292
