
MELAKA, 2 Mac 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah berbesar hati dijemput bagi bersama di dalam Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi dan Barisan Kepimpinan BEDUMA bertempat di Restoran Rest Haus Melaka.
Majlis pada malam tersebut juga turut disantuni bersama mantan kepimpinan BEDUMA iaitu En Abd Razak Bin Abu yang merupakan mantan Pengerusi BEDUMA merangkap Ketua Ahli Majlis MBMB. Dalam ucapan beliau kepada pelapis muda BEDUMA agar anak muda perlu memahami dan menghayati keperluan tugas dan peranan belia dalam komuniti mahupun masyarakat. Majlis Makan Malam ini diadakan bertujuan bagi menyantuni barisan kepimpinan BEDUMA bersama mantan mantan kepimpinan BEDUMA terdahulu.
Turut hadir bersama Saudara Mohd Haizahry Bin Nordin Pengerusi MAYC BEDUMA, Saudara Shahrom Bin Mohamad Pengerusi MAYC Negeri Melaka, Puan Nurhanani Bt Tarik Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, En. Khairudin Bin Kadir Pengerusi JPKK Duyong Tengah, Sdr Mohamad Norshah Ezwan Exco MAYC Kebangsaan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan yang diberikan serta mengharapkan BEDUMA akan terus bergerak aktif serta dapat menarik lebih ramai keahlian anak muda.
- JBS Melaka
- Hits: 164
