
AYER KEROH, 24 Mac 2023 - Telah berlangsung satu lawatan tapak ke Lapang Sasar Menembak dan Lapang Sasar Memanah MSN Melaka, Ayer Keroh Melaka oleh pihak Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi melihat keperluan menaiktaraf dilokasi tersebut yang dicadangkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN).
-
Lawatan tapak telah diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan JBSNM dengan kerjasama pihak MSN Negeri Melaka.
-
Delegasi dari Bahagian Pembangunan telah diketuai oleh Ketua Unit Penyelarasan Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Faez Othman. Turut sama hadir, Pengarah JBSNM, Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah MSN Melaka, Encik Mohd Asri Hj Ninggal, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNM, Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan Penolong Pegawai PBSD Melaka Tengah, Encik Muhammad Muaz Rosli.
- JBS Melaka
- Hits: 188
